Photobucket

Followers

terengganu's map

Showing posts with label perut keroncong. Show all posts
Showing posts with label perut keroncong. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

seronoknya tak terkata berbuka di taman




lokasi : taman syah bandar, k.terengganu
masa : waktu berbuka



ni kali pertama aku dan keluarga berbuka kat taman. seronok bukan main adik-adik aku. mana taknya, pakat tunjuk apa je juadah yang dorang nak...
tapi bukan semua kitaorang beli, ada juga kami masak dari rumah.



ni masa nak menghidang juadah tapi juadah di tutup takut ada bendasing masuk..*shy*
tengok air tebu yang adik aku punya...dengki tau...







ada juga gerombolan manusia lain di sini
bukan kami sahaja tau









ni masa nak balik lebih kurang 7.50 pm
so agak gelap sedikit
tapi pemandangan di waktu malam yang cantik disini...tak ada kat tempat lain okeh...



Sunday, August 29, 2010

bazar ramadhan tika penghujung ramadhan





nampak tak kuah nasi dagang dalam periuk besar tuh
aku curi-curi je ambil gambar ni..malu la ramai sangat yang menonton
kalau tak gambar ni mesti nampak nasi dagang


nasi dagang adalah salah satu makanan "glamour" kat sini
rugi tau sesiapa yang tidak mencubanya atau tidak menyukainya
bestttttttttt sangat...
sila cuba okeh...






















Saturday, July 3, 2010

laparnya..!!!




pagi-pagi dah mencari kawan
untuk dibuat teman sarapan
sudahnya dapat tangkap hanya dua orang kawan sekerja
yang lain ada yang tak datang dan ada yang puasa...
actually ni gambar minggu lepas punya
disebabkan internet yang tak berapa nak ok dan kesihatanku yang buruk
so baru sekarang aku buat entry ni



lokasinya di food court mydin
bermacam-macam juadah yang terhidang
mi goreng, nasi lemak, kuih-muih bermacam warna
menarik perhatian sesiapa sahaja yang kelaparan mahupun yang bukan kelaparan..

contohnya
this kuih..

pulut lepa
dalamnya isi ikan dan pulut




dalam bekas biru ini
berkongsinya kuih keria, kuih talam




haaaaa...ni makanan paling famous la kat terengganu
waktu pagi-pagi
nasi dagang
korang akan dapat rasa aroma daun pisang bila menikmati hidangan ini..
menusuk kalbu tau..






semua makanan yang aku tunjuk tadi terdapat di sini
kalau belum try
sila datang kemari ye...
kedai BONDA


dah cukup membebel dan menyilau-nyilau makanan
sudahnya hanya ini sempat aku makan..



selamat menjamu selera malaysia..!!!




Saturday, May 29, 2010

keropok lekor-WAJIB












TAHU TAK ???


kenapa aku CAPS LOCK


perkataan wajib kat post title...


saje ingin mencuri perhatian korang


tetapi semestinya keropok lekor menjadi makanan wajib kepada


sesiapa yang datang melancong ke terengganu


dan tak kejam kalau aku cakapa keropok lekor sudah menjadi makanan ruji orang-orang terengganu..teehee


kalau aku telefon maksu aku kat putrajaya yang aku sedang makan keropok lekor


sudah pasti meleleh air liur maksuku...hohoho






resepi keropok lekor



bahan-bahan:


sekilo ikan tamban


2 cawan tepung jagung (buat 1 cawan 1 cawan)


sebaiknya tepung ubi







cara-cara:





  1. buangkan tulang dan kepala ikan, cuci bersih - dikisar tanpa air tambahan.


  2. masukkan 1 cawan tepung dan garam secukupnya. gaul rata semuanya.


  3. taburkan sedikit tepung di atas dulang/ apa-apa bekas sahaja yang rata


  4. ambil segengam isi ikan yang telah dicampur semua bahan tadi... dibulat-bulatkan atas talam, bentukkan memanjang ( lonjong)...
    5. ulang semula taburkan tepung, setiap kali nak bulatkan isi ikan di atas talam.
    6. tujuannya supaya isi ikan tidak melekat di talam atau tangan.
    7. kemudian, rebuskan ke dalam air.
    8. tunggu hingga ianya timbul ( biar lama sikit pun tak ape supaya ikan masak keseluruhannya). angkat dan toskan.
    9. masukkan seketika di dalam peti ais.
    10. goreng lama sikit dan makan panas-panas lebih sedap.


selamat bermain dengan tepung ye...hikhik