Photobucket

Followers

terengganu's map

Showing posts with label tips melancong. Show all posts
Showing posts with label tips melancong. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

panduan menunggang basikal

kalau dengar perkataan basikal terus aku teringat lagu allahyarham sudirman "basikal tua"
sebelum baca tip-tip dibawah sila nyanyi lagu ni dulu ya...


  • dapatkan maklumat tentang laluan dan keadaan di sekeliling, pastikan anda mempunyai cukup masa untuk menghabiskan pengembaraan sebelum malam. jangan melencong dari laluan dan pastikan anda mempunyai kompas
  • gunakan kebijaksanaan untuk menilai tahap kecerdasan yang diperlukan untuk laluan dan nilai tahap fizikal anda
  • pastikan anda memberitahu seseorang tentang rancangan dan destinasi anda, lebih-lebih lagi jika anda menunggang seorang diri
  • bawa air minuman yang secukupnya dan sedikit makanan ringan untuk menambah tenaga. melainkan anda menunggang bersama rakan yang mahir, anda dinasihatkan supaya tidak makan buah-buahan hutan atai minum air dari mana-mana sumber
  • bawa baju hujan sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan hujan
  • sebelum memulakan perjalanan, pastikan tayar basikal anda berada dalam keadaan baik kerana keadaan jalan yang kasar boleh menyebabkan tayar mudah rosak
  • jika anda ingin berkhemah semalaman, ketahui tip "perkhemahan' seperti yang saya kongsikan sebelum ini


sekian,

salamesrabadi





Thursday, September 23, 2010

panduan untuk pengembaraan 4WD

ekspedisi pacuan empat roda bermakna pengembaraan 4WD. tahukah korang berkenaan persediaannya? cuba teliti ye...

  • pilih pakaian daripada serat semulajadi yang ringan tetapi mudah menyerap peluh
  • keadaan dalam hutan pada waktu malam lebih sejuk daripada yang dijangkakan. bawa bersama jaket kalis air untuk memanaskan badan dan melindungi diri daripada hujan
  • kasut untuk kegunaan aktiviti lasak adalah satu kemestian terutama sekali bagi peserta yang menyertai acara perlumbaan. bawa bersama sepasang selipar lasak atau kasut sukan untuk membolehkan kaki anda mendapat udara dan berehat apabila mendirikan khemah.
  • stoking adalah satu kemestian untuk memastikan kaki anda kering dan tidak melecet. sepasang sarung tangan bagi tugas berat juga diperlukan
  • untuk perkhemahan pada waktu malam, bawa beg tidur dan khemah
  • periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. pastikan tayar dalam keadaan baik kerana cabaran hutan mudah menyebabkan kebocoran.
  • bawa peralatan pertolongan cemas seperti pembalut elastik, pembalut luka, antiseptik, krim lecur, ubat titisan mata, gunting dan penyepit kecil

Sunday, September 19, 2010

panduan berguna untuk aktivit berakit

" berakit-rakit dahulu
berenang-renang ketepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian"

hari ini kita mulakan pertemuan dengan berpantun ye dear readers. harap korang paham pantun ni, ni kan pantun lama/klasik. sekarang jom kita teliti tip berakit...



bagi anda yang ingin menyertai ekspedisi, taklimat keselamatan akan diberikan sebelum memulakan ekspidisi berakit, anda akan di ajar menggunakan pengayuh, teknik mengayuh ke depan dan ke belakang dan langkah-langkah keselamatan yang lain.

pengayuh, jaket keselamatan, tali penyelamat, kotak pertolongan cemas dan beg penyelamat disediakan oleh pengusaha pelancongan. peserta hanya perlu memakai pakaian yang selesa dan tidak menghalang atau menyukarkan pergerakan.

pastikan jaket dan topi keselamatan yang diberikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. jika rakit anda terbalik berhampiran tepi sungai, jangan gunakan pengayuh kerana pengayuh anda mungkin akan terkena orang lain. jangan sesekali menggunakan pengayuh sebagai pengumpil untuk melepasi batu kerana anda boleh terkena pantulan pukulan pengayuh tersebut


petua tambahan :

  • bawa pakaian untuk persalinan. jaket badan juga berguna
  • pakai kasut yang boleh diikat ketat atau but penyelam
  • barang kemas yang mudah terlucut tidak seharusnya dipakai semasa berakit
  • mereka yang memakai cermin mata patut menggunakan elastik untuk mengikat cermin mata merka
  • mereka yang menggunkan kanta lekap dinasihatkan supaya memakai cermin mata untuk mengurangkan risiko pencemaran kanta

Tuesday, September 7, 2010

petua menyusur sungai



"naik bot sambil menghirup udara-udara dalam hutan sememangnya menyegarkan. aku pernah la merasai semasa belajar dulu-dulu. kenangan itu takkan akan aku lupakan hingga nafas terakhirku korang ada pengalaman macam ni ke??? jom share..."



sesetengah bot yang digunakan bagi aktiviti ini mempunyai kanopi, manakala yang lain sengaja tidak ditutup agar tidak menghalang penglihatan, lebih-lebih lagi jika anda menyewa bot sendiri. bawa bersama losyen dan topi bertepi lebar untuk perlindungan daripada matahari. teropong boleh digunakan untuk melihat hidupan liar dari jarak jauh dan kamera penglihatan jarak dekat membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih tepat. losyen digunakan untuk mengelak gigitan seranggan berguna untuk pelayaran pada waktu senja dan malam.

pelayaran di muara sungai atau tepi pantai bergantung kepada pasang surut air laut. buaya boleh dilihat terdampar di atas lumpur apabila air surut. dapatkan kepastian daripada pengusaha-pngusaha pelancongan mengenai waktu pelayaran yang sesuai.

pengamatan hidupan liar memerlukan kesabaran, mata yang tajam, waktu yang tepat dan nasib yang baik. ungka, buaya, kelip-kelip dan haiwan lain adalah makhluk liar. oleh itu, adalah sukar untuk meramalkan bila anda boleh melihat mereka. pemandu pelancong yang berpengalaman boleh membantu anda mengesan dan melihat apa yang mungkin tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana haiwan tropika terkenal dalam taktik penyamaran

sebagai panduan, pelayaran menyusur sungai jarang dilalukan pada waktu tengahari kerana cuaca yang terlalu panas untuk pelawat dan hidupan liar.


selamat mengambil gambar bersama binatang kegemaran ye kawan-kawan !!!

Sunday, September 5, 2010

petua-petua berguna untuk meneroka gua

negara ini kaya dengan gua batu kapur dan tapak warisan dunia. selain pelbagai aneka stalakit dan stalagmit, terdapat pelbagai jenis hidupan liar termasuklah kelawar dan burung yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. ini disediakan tip-tip mendaki sekiranya memerlukannya :


  1. dapatkan khidmat pemandu gua berpengalaman. untuk mendapatkan khidmat pemandu gua berpengalaman, anda boleh menghubungi kelab peneroka gua atau dari taman-taman negara di sekitar Malaysia. oleh kerana kebanyakkan gua di Malaysia tidak dipetakan, peneroka gua berpengalaman tidak seharusnya meneroka seorang diri. sebaik-baiknya bergeraklah dalam kumpulan
  2. meskipun sesetengah pengusaha pelancongan menawarkan ekspedisi menyelam dalam gua, kegiatan sukan ini adalah terlalu khusus dan hanya sesuai untuk pneroka gua dan penyelam profesional sahaja
  3. pastikan peralatan yang diperlukan mencukupi sebelum memulakan penerokaan ke dalam gua, terutama sekali jika membabitkan kegiatan menakik batu(abseiling)
  4. peneroka gua yang berpengalaman mengesyorkan penerokaan maksimum lapan jam secara berterusan, tetapi kebanyakkan penerokaan gua mengambil masa kurang dari tiga jam
  5. pastikan anda tahu sebanyak mana lampu yang anda perlukan. satu kilogram karbaid cukup untuk penggunaa selama enam hingga lapan jam
  6. penerokaan seharusnya membawa lampu suluh sokongan dan bateri tambahan
  7. pesakit jantung dan mereka yang menghidap klaustrofobia seharusnya mengehadkan pngembaraan ke gua pameran dan menyertai pemandu pelancong yang membawa kumpulan 20 hingga 40 orang. peneroka gua mestilah tidak alah kepada batu kapur dan tahi kelawar

Friday, September 3, 2010

panduan pakaian dan peralatan ketika mendaki gunung

anda suka mendaki ? ini tip-tip mudah sebelum mendaki :


  • baju berlengan panjang dan seluar panjang yang selesa boleh melindungi anda daripada pacat,lelas dan unsur-unsur alam
  • topi bertepi lebar adalah baik untuk perlindungan daripada sinar matahari dan hujan renyai
  • bawa bersama sehelai ponco atau baju hujan
  • sepasang sarung tangan dan topi baaclava boleh membantu melindungi anda daripada bayu dingin di puncak gunung
  • pakai kasut yang sesuai, ringan dan longgar serta dapat memberi sokongan yang baik untuk buku lali anda. pilihlah kasut yang memmpunyai tapak beralur dalam dan pakailah dua lapis sarung kaki atau stoking agar kaki tidak melecet
  • beg galas yang selesa dengan tali bahu yang beralas, tali ikat pinggang dan rangka dalaman yang amat penting
  • bawa peta dan kompas untuk membantu pandu arah
  • wisel juga adalah alat yang berguna untuk menarik dan memberi isyarat kepada orang lain
  • bawa alat pertolongan cemas yang asaa untuk merawat lelasan, gigitan serangga dan luka
  • bawa bateri tambahan untuk lampu suluh lilin dan mancis

Tuesday, August 31, 2010

petua perkhemahan

salam semua pembaca yang cantik dan hensem...
hari ni, saya nak kongsi tip-tip semasa korang semua nak pergi berkhemah. please take note
tau :


  • jangan sesekali menebang pokok-pokok untuk menyediakan tapak khemah
  • sentiasa pilih tapak perkhemahan lapang bebas daripada sampah-sarap dan jauh daripadampokok-pokok reput
  • keadaan dalam hutan hujan pada waktu malam lebih sejuk daripada yang dijangkakan. oleh yang demikian, jaket kalis air harus dibawa bersama untuk memanaskan badan dan melindungi diri daripada hujan
  • pada musim hujan, berkhemah terlalu dekat dengan sungai atau kawasan yang rendah tidak disyorkan
  • cuba elakkan penggunaan tapak perkhemahan yang popular berulangkali. pilih lokasi lain untuk mengurangkan kesan gangguan kepada tanah
  • gunakan cawan dan pinggan plastik yang boleh dikitar semula
  • sampah tidak boleh ditinggalkan atau ditanam di tapak perkhemahan tetapi harus di bawa keluar bersama apabila meninggalkan tapak perkhemahan untuk menjaga kawasan tersebut

Monday, May 17, 2010

tips meredah hutan

berekreasi di hutan amat mendamaikan lagi
menenangkan jiwa raga.
ini ada sedikit 'buah tangan' yang aku perolehi daripada buku dan hasil pembelajaran dulu-dulu..




1. Pastikan tahap kesihatan korang berada pada tahap yang paling baik.

- yela, kalau tak sihat, macam mana nak mendaki bukit, nak masuk gua..

kene merangkak tau..ngeeee



2. Bawa bekalan air yang secukupnya dan sedikit makanan ringan

yang mudah dimakan untuk menambah tenaga..

supaya tidak 'pancit' di tengah jalan..hoho

Elakkan daripada makan buah-buahan atau minum

daripada mana-mana sumber air.

- bukan apa, takut dikhuatiri sumber tersebut beracun..korang tahu ker???



3. Cuba bergerak dalam keadaan senyap supaya

tidak mengganggu atau menakutkan

hidupan hutan. Bertolak awal selepas subuh memberi kita peluang baik untuk

melihat binatang-binatang yang sedang mencari makanan

dan merasai kehangatan embun pagi.

- mana tahu boleh berjumpa gajah ke, harimau ke..

nanti boleh ambil gambar sama-sama..teeheeee



4. Pakaian yang nipis dan longgar yang diperbuat daripada kapas

adalah pilihan yang tepat bagi memastikan peluh diserap

dan keselesaan korang untuk bergerak.



5. Tutup bahagian tangan dan kaki dengan seluar panjang

dan baju lengan panjang

untuk menghalang gigitan nyamuk dan

melindungi kaki dan tangan daripada tumbuhan-tumbuhan berduri.



6. Pastikan korang memakai stokin yang panjang atau sarung kaki bagi

mencegah gigitan pacat dan lintah..

- kalau pacat gigit aku, aku cincang lumat-lumat tau..hehe



7. Pilih kasut yang tahan lasak agar dapat memberi keseimbangan

yang baik pada diri korang.

- kasut murah pun takpe, asalkan berkualiti..kan...kan..



8. Topi bertepi lebar boleh membantu melindungi diri korang

daripada sinar terik matahari

- takut ular jatuh atas kepala je..hehe



9. Akhir sekali, jangan lupa bawa plastik sampah untuk

membuang plastik makanan dan botol minuman yang korang bawa tadi..

- kalau terjumpa sampah, jangan nak menyampah pula,

hulurkan tangan, ringankan beban okey..okey..

dapat pahala percuma tau..


..............amazing picture..............




gambar ni aku ambil masa rombongan masa belajar dulu
pandai je semut beratur kan...