Photobucket

Followers

terengganu's map

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Thursday, September 9, 2010

sejarah silam VI

ISTANA MAZIAH





istana maziah dengan perkarangan yang menghala ke dermaga kuala terengganu mendapat sentuhan seni bina perancis. istana ini adalah kediaman rasmi sultan terdahulu tetapi kini hanya digunakan untuk istiadat-istuadat diraja dan majlis jamuan negeri.


lokasi : hadapan dataran shah bandar

Monday, September 6, 2010

sejarah silam IV

MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH




masjid ini digelar masjid terapung dan terletak 4.5 km dari kuala terengganu. ia mencerminkan unsur-unsur agama dan budaya dalam kehidupan masyarakat tempatan. kombinasi unik seni bina moden dam Moor disertakan dengan ilusi 'terapung' menyerlahkan keindahannya lebih-lebih lagi pada waktu malam.




keistimewaan : terletak di tepi laut china selatan

sejarah silam v

KAMPUNG CINA @ CHINA TOWN




menjelang abad ke-18, terengganu sudah menjadi pusat komersil yang amat terkenal. tongkang cina berulang-alik membawa barang dagangan dan ramai pendatang. pintu gerbang ke kampung cina dihiasi naga yang dipercayai dapat melindunginya. pemuliharaan rumah-rumah lama di daerah ini mengekalkan corak-corak ukiran timbul pada dinding simen yang cantik dan daun tingkap kayu yang panjang.




lokasi : berdekatan pasar kedai payang
keistimewaan : lokasi sejarah di terengganu

Saturday, September 4, 2010

sejarah silam III

BATU BERSURAT



batu bersurat adalah peninggalan tahun 1303 yang ditemui pada tahun 1887. ia menandakan kedatangan Islam ke terengganu. tulisan ukiran tangan menggunakan huruf jawi mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi. batu asal disimpan di muzium negeri manakala replikanya diletakkan di bulatan utama di tengah bandar kuala terengganu.



lokasi muzium negeri : kawasan losong berdekatan perusahaan keropok losong
hanya 10 minit dari bandar k.terengganu
pengangkutan : teksi, bas cas ligas


Wednesday, September 1, 2010

sejarah silam II

BUKIT PUTERI




artifak di bukit puteri adalah peninggalan sultan yang membina kubu kota pada tahun 1831 untuk mempertahankan negeri terengganu daripada serangan musuh. loceng besar yang pada asalnya digunakan untuk meberi amaran tentang serangan kini digunakan untuk menandakan waktu berbuka puasa pada bulan ramadan.



lokasi : berdekatan taman shah bandar, pasar payang, jeti ke pulau redang, pejabat pos

Tuesday, August 24, 2010

sejarah silam I

tapak-tapak peninggalan sejarah di kuala terengganu memberi peluang kepada pelawat untuk mengimbas sejarah silam negeri ini. setiap satu menyimpan cerita yang unik dan amat menarik.




kompleks muzium negeri terengganu



kompleks ini tersergam indah di jalan losong merangkumi empat blok utama iaitu muzium maritim di sebelahnya, dan lima buah rumah tradisional. kompleks muzium ini adalah yang terbesar di asia tenggara dan terletak dalam kawasan taman landskap indah dengan air terjun kecil dan kolam-kolam ikan koi. ia memaparkan sejarah agamam, raja, budaya dan ekonomi negeri.