Photobucket

Followers

terengganu's map

Sunday, August 22, 2010

hidup mesti mempunyai budaya

sambil bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi, pelawat boleh menghayati budaya hidup masyarakat disini. pasar besar yang dikenali sebgai pasar kedai payang dan terletak di tebing sungai terengganu merupakan satu daripada daya tarikan paling popular di kalangan pelancong (rujuk entri lepas okeh). segala jenis produk terengganu dijual disini dengan harga yang amat berpatutan termasuklah daripada hasil tanaman dan tangkapan laut hingga pakaian dan barang kemas yang ditempatkan di bawah satu bumbung.



di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk meninjau pasar malam yang diadakan setiap malam di tempat-tempat berlainan di seluruh negeri terengganu. membeli-belah di pasar malam adalah sebahgian daripada budaya hidup masyarakat tempatan. ia juga memberi peluang kepada pelawat untuk merasai makanan dan buah-buahan tempatan. antaranya :
- hari jumaat (taman shah bandar)
- hari khamis (pasirpanjang)



menangkap ikan adalah mata pencarian utama penduduk terengganu. pelawat boleh melihat aktiviti dan kehidupan nelayan di muara sungai. kegiatan mencandat sotong dijalankan pada waktu-waktu tertentu di pulau kapas. perusahaan membuat ikan masin dijalankan oleh industri kampung bagi menghasilkan pendapatan untuk keluarga nelayan.





0 comments: