Photobucket

Followers

terengganu's map

Monday, August 16, 2010

fakta segera !!!






ingin tahu???


negeri terengganu adalah seluas 12,995 km persegi dengan pantai sepanjang 225km adalah salah sebuah daripada tiga negeri pantai timur semenanjung malaysia


ibu negeri
kuala terengganu, ibu negeri dan bandar diraja terletak di tebing sungai terengganu


bahagian-bahagian pentadbiran
besut, dungun,kemaman, marang, hulu terengganu, kuala terengganu dan setiu


penduduk
penduduk terengganu seramai kira-kira 927,000 orang dengan 95% adalah melayu, dan selebihnya cina,india dan lain-lain


minggu kerja
kebanyakkan pejabat memulakan minggu kerja pada hari sabtu dan cuti hujung minggu jatuh pada hari jumaat. bank-bank ditutup pada hari jumaat, hari cuti umum


iklim
iklim tropika dengan cuaca panas sepanjang tahun dan suhu 26-33 darjah C. musim tengkujuh membawa hujan lebat ke pulau-pulau di pantai timur biasanya antara bulan november dan februari. bagaimanapun, pusat-pusat peranginan besar dan terkenal terus beroperasi pada musim ini


bahasa
bahasa rasmi ialah bahasa melayu. bagaimana pun bahasa inggeris digunakan secara meluas


mata wang
mata wang yang digunakan ialah ringgit malaysia atau RM. Pelawat perlu sedar bahawa cek pengembaraan tidak boleh ditukar di sesetengah pulau dan ada pusat peranginan tidak menerima kad kredit. oleh itu, pelawat dinasihatkan supaya membuat persediaan kewangan terlebih dahulu di tanah besar


perbezaan masa
lapan jam mendahului GMT dan 16 jam mendahului waktu standard pasifik US


bekalan elektrik
voltan 220-240 volt A/C dengan 50 kitaran sesaat


kad kredit
semua kad kredit antarabangsa yang utama seperti visa, mastercard, dan american express diterima secara meluas


agama
islam adalah agama rasmi tetapi agama lain boleh dianuti dengan bebas


etika berpakaian
pelawat diingatkan supaya menghormati budaya tempatan dan berpakaian sopan di tempat-tempat awam





0 comments: