Photobucket

Followers

terengganu's map

Thursday, May 20, 2010

homestay kg. buluh





"Kuih tradisional resepi dahulu,

Rasanya enak lebih ekonomi,

Kunjungan kalian sangat dialu,

Selamat datang ke kampung kami.








HOMESTAY KG. BULUH



antara aktiviti yang dijlankan disini










waahh..!!! bestnya dapat pegang kura-kura..









selamat datang..!!! kata makcik kiah..








bagaimana untuk sampai ke destinasi ?





pintu masuk ke Kuala Terengganu boleh melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau melalui jalan darat. Homestay ini terletak kira-kira 45 km dari lapangan terbang Sulatan Mahmus dan 40 km dari bandar Kuala Terengganu. Korang boleh sampai ke sini melalui jalan darat dari Kuala Terengganu terus ke Kuala Berang Hulu Terengganu atau dari Lebuh Raya Jerangau Jabor ke Pekan Ajil Hulu Terengganu menuju ke Bandar Kuala Berang. Homestay ini hanya terletak 1.5 km disebelah kiri korang apabila korang sampai ke Bandar Kuala Berang dari arah yang aku bagitahu tadi...






selamat mencari jalan..teehee










info





  • Homestay Kg. buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu menyediakan suatu bentuk program destinasi pelancongan desa yang dilancarkan pada Mac 2007.




  • memaparkan kepada korang suasana kehidupan desa nan permai dan mendamaikan jiwa.




  • terletak di pinggir persimpangan Sungai Terengganu, Sungai Berang dan Sungai Tersat cukup menggambarkan keindahan susun atur alam semulajadi ( natural setting) perkampungan budaya ini.




  • dusun buah-buahan di setiap pelusuk kampung menjadikan landskap perkampungan homestay ini terserlah kehijauannya dan begitu menarik sekali.




  • dari segi sejarah pula, disinilah lokasi penemuan artifak Batu Bersurat yang menandakan bukti kedatangan Islam terawal ke Semenanjung Tanah Melayu.




  • homestay ini mempunyai lebih 20 buah rumah berkeluarga yang sedia menanti keatangan korang.





untuk keterangan lanjut sila kunjungi:













0 comments: