sebut saja pulau kat terengganu
semuanya sangat indah...
baca betul-betul tau sebab aku cakap sangat indah
compare tempat lain pulau-pulau di terengganu masih terjaga rapi terutamanya
pulau redang
tapi post kali ini aku hanya dapat bawa korang ke jeti sebab aku hantar sepupu aku ke pulau indah ini
aku tak dapat ikut kerana tuntutan kerja
walaupun teringin sangat nak ke sana...
info :
- hanya satu jam dari bandar k.terengganu
- pengangkutan yang disediakan adalah teksi atau berkereta sendiri
tengok tu bot laguna redang
sempat lagi tonjol kereta abah
disamping pelancong tempatan dan juga pelancong luar
untuk pengetahuan semua, menurut abah aku, pulau redang selalu dikunjungi
pelancong dari kaum cina
maklumat abah aku buat part time kereta sewa so dia agak arif dengan para pelancong
terlihat disitu gerai menjual hasil kraftangan
dan juga gerai menjual makanan dan minuman ringan
so tak payah risau jika lupa untuk membawa minuman okeh
okeh sampai sini dulu info kali ni, aku mahu makan nasi dagang dulu..
daaaa.....
0 comments:
Post a Comment