Photobucket

Followers

terengganu's map

Tuesday, June 8, 2010

one stop centre

musim cuti sekolah telah tiba
dan sudah menjadi kemestian ramai yang akan berkunjung
ke negeri yang diberi jolokan negeri warisan pesisir air ini
sebagai salah satu destinasi percutian
kali ini aku nak bawa korang ke
Pasar Kedai Payang
tempat ini adalah tempat persinggahan wajib bagi sesiapa yang melancong ke negeri ini

pandangan di sekitar pasar payang







sekarang jom kita menerjah apa yang boleh dibawa
pulang oleh korang jika korang bertandang ke sini....


aneka corak batik dari harga RM 85 hingga yang berharga beratus-ratus ringgit
sekarang Batik 1 Malaysia sedang hangat di pasaran
harganya lebih kurang RM 250
aku berani cakap batiknya memang sangat cantik
kalau aku berduit, dah lama aku beli tau
mak saudara aku sempat shopping beberapa helai kain batik, sutera dan kain pelakat
ooppss!!!
tak henti-henti pula jari jemari aku ini menari sampai terlupa
pula aku nak cakap
sebenarnya aku ke sini kerana menemani keluarga bapa saudara aku
yang aku panggil " cik mat "...
dorang sampai sini petang sabtu dari kuala lumpur



barangan tembaga



jeruk




telur penyu
yang menjadi kegemaran orang ramai
walaupun aku ni warga terengganu
tapi belum pernah mencuba makanan famous ni..teehee
malunya i..sambil tersenyum malu..


keropok sira ni memang sedap
sedikit pedas


yeeaaa!!! keropok lekor
makanan kegemaran aku
terliur pula aku tengok gambar ih...
liza..sila kesat air liur anda..teehee


kat sini semua ada tau
kedai emas pun ada
pilih-pilih...


kepada sesiapa yang tak pernah naik beca
ambil la peluang ni untuk ronda-ronda sekitar bandar ye..
pakcik tu tengah tidur masa aku snap gambar nih..hehee
jangan bagitahu tau


sekian dulu berita pelancongan kali ini


0 comments: