Photobucket

Followers

terengganu's map

Monday, May 31, 2010

ekspo di dataran syah bandar

ekspo ni dah berlangsung selama dua minggu
pelbagai barangan dijual untuk perempuan mahupun lelaki
malah untuk kanak-kanak juga...
barangan seperti tudung, baju t-shirt dari kilang, kasut, beg berjenama
dan macam-macam lagi dijual dengan harga yang amat berpatutan


aku sempat sambar selipar crocs
macam main ambil je aku nih
tapi aku bayar weh..



rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki semua ada tau
please sediakan duit je banyak-banyak
nanti semua korang boleh angkut bawa balik



baju-baju yang sangat cantik
yang membuat aku terliur nak pakai





baju kebaya nyonya juga menjadi idaman hati
yang dah lama mengidam..heeee
rabun mata aku dibuatnya....

jom ikut aku ke ekspo lagi
jom...jom...jom...
jom ke tapak ekspo
macam tag jom heboh pula...
saya berundur dulu..
salam satu malaysia
rosliza


sarapan bersama mr.MC D

sarapan bersama MR.MC D
kali ini hanya bersama leya
sebab hanya kitaorang yang datang awal
biasa kitaorang bersarapan berenam okeh..okeh..
burgernya amat sedap
sehingga lenguh mulutku menguyahnya
ditambah minuman coffee untuk menghilangkan mengantuk
tapi kalau mengantuk, aku tetap mengantuk
ubatnya hanyalah bantal..ngeh..ngeh..ngeh
cawangan MC D ini terletak berhampiran giant dan mydin
tempat tumpuan rakyat terengganu setiap hujung minggu
mesti penuh punya parking
harap bersabar ye korang



sajian lengkap sarapan pagi










persekitaran yang amat bersih dan selesa





leya tanya aku
"boleh tak nak bawa balik sign board nih??"
jawab aku
"boleh aje,nanti ramai orang berkerumun rumah kau sebab nak makan buerger mc d"
hahaha





sekian,
salam kasih sayang
ROSLIZA


masa untuk bekerja telah tiba
BYE..BYE!!!

Saturday, May 29, 2010

keropok lekor-WAJIB












TAHU TAK ???


kenapa aku CAPS LOCK


perkataan wajib kat post title...


saje ingin mencuri perhatian korang


tetapi semestinya keropok lekor menjadi makanan wajib kepada


sesiapa yang datang melancong ke terengganu


dan tak kejam kalau aku cakapa keropok lekor sudah menjadi makanan ruji orang-orang terengganu..teehee


kalau aku telefon maksu aku kat putrajaya yang aku sedang makan keropok lekor


sudah pasti meleleh air liur maksuku...hohoho






resepi keropok lekor



bahan-bahan:


sekilo ikan tamban


2 cawan tepung jagung (buat 1 cawan 1 cawan)


sebaiknya tepung ubi







cara-cara:





  1. buangkan tulang dan kepala ikan, cuci bersih - dikisar tanpa air tambahan.


  2. masukkan 1 cawan tepung dan garam secukupnya. gaul rata semuanya.


  3. taburkan sedikit tepung di atas dulang/ apa-apa bekas sahaja yang rata


  4. ambil segengam isi ikan yang telah dicampur semua bahan tadi... dibulat-bulatkan atas talam, bentukkan memanjang ( lonjong)...
    5. ulang semula taburkan tepung, setiap kali nak bulatkan isi ikan di atas talam.
    6. tujuannya supaya isi ikan tidak melekat di talam atau tangan.
    7. kemudian, rebuskan ke dalam air.
    8. tunggu hingga ianya timbul ( biar lama sikit pun tak ape supaya ikan masak keseluruhannya). angkat dan toskan.
    9. masukkan seketika di dalam peti ais.
    10. goreng lama sikit dan makan panas-panas lebih sedap.


selamat bermain dengan tepung ye...hikhik






Monday, May 24, 2010

Blues Terengganu Kita - Iklim

pusat sehenti




sebut sahaja bandar kuala terengganu
sudah semestinya ia menjadi tumpuan orang ramai
bandar ini tidak pernah sunyi dengan aktiviti seharian
warga terengganu
sebab itu aku bagi tajuk pusat sehenti
bukan pusat serenti okey...okey...


bas cas ligas mengambil dan menurunkan penumpang
di hadapan hentian bas kuala terengganu



sila lihat bangunan kebanggaan rakyat terengganu
bukan bas yang dihadapan tu ye....
wisma negeri yang tidak berapa jauh dari bandar


butik era


stesen teksi






kedai arena




butik nona




hentian bas kuala terengganu yang sentiasa sibuk


sudah-sudah la merayau...
da maghrib nih
balik-balik
banyak betul kata ganda aku guna..weee..*






Sunday, May 23, 2010

Hutan Lipur Chemerong

tiba hujung minggu
tak ada sesiapa yang akan melepaskan peluang untuk
beristirehat dan mencari kedamaian
menghirup udara segar dan bersih
salah satu tempat yang aku cadangkan adalah
Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun, Terengganu













siap bawa bekal lagi tau...!!!
untul lima sekawan






airnya jernih lagi bersih



sejukkkkk...!!!






aku dan puak-puak sedang bersiram....


sekian untuk kali ini...




Saturday, May 22, 2010

Karnival Usahawan Muda Terengganu 2010





Tarikh : 21-22 Mei 2010 ( Sabtu)
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu
Karnival ini dirasmikan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu





ketibaan Pemangku Sultan Terengganu
semua hadirin memberi hormat



persembahan band cilik


gerai coklat makcik dan pakcik





gerai tempahan untuk bakal pengantin






NAZA WORLD OF BIKES
aku yang kempunan menunggang motor besar..









gerai coklat lagi..saya suka betul coklat..teehee






kura-kura yang comel..ada pelbagai saiz dan harga
lagi kecil lagi murah..!!!






gerai adik-adik manis
lupa pua nak tanya sekolah mana..hehe


cantik kan yang gantung-gantung tu...




sutera yang membuat para wanita rambang mata...
pilih...pilih....


okey..okey
cukup laporan berita semasa..hehhe
salam satu malaysia saayang


Thursday, May 20, 2010

Dataran Syahbandar menggamit pengunjung




cuti semester tahun lepas sempat juga aku bawa kawan aku, shaz

ronda-ronda sekitar dataran syah bandar

dengan baju bertemakan bendera terengganu

awal-awal pagi, aku dah ajak shaz ke sana

bukan apa

kalau waktu pagi cuaca ok sikit untuk ambil gambar

untuk buat kenanganlah katakan


tempat ni juga diadakan pelbagai karnival seperti

'Karnival Monsoon Cup', 'Karnival Gempak Astro'

pasar malam yang diadakan setiap hari jumaat dan sebagainya


tempat ini amat sesuai untuk seisi keluarga beristirehat

terutama di hujung minggu

kerana terdapat taman untuk beristirehat atau berkelah

taman ini pula mengadap Laut China Selatan

jadi udara disini semestinya nyaman







"welcome to Istana Maziah"





berlatarkan bangunan MARA yang berwarna kuning

shaz posing dengan gaya tersendiri





model dari perak 'posing' di laluan pejalan kaki..hehe


ini taman hadapan Istana Maziah





siap 'posing' dengan payung lagi shaz

'excited' sangatlah katakan..huhu





shaz dan pokok bunga hiasan




'selamat datang ke terengganu'

bukti shaz dah sampat ke negeri dimana keindahan semulajadi memayungi warisan





gadis berbaju putih a.k.a liza a.k.a aku






shaz si baju hitam



yeeeaahh!!!



akhirnya foto kami berdua diabadikan berlatarbelakangkan Istana Maziah





homestay kg. buluh





"Kuih tradisional resepi dahulu,

Rasanya enak lebih ekonomi,

Kunjungan kalian sangat dialu,

Selamat datang ke kampung kami.








HOMESTAY KG. BULUH



antara aktiviti yang dijlankan disini










waahh..!!! bestnya dapat pegang kura-kura..









selamat datang..!!! kata makcik kiah..








bagaimana untuk sampai ke destinasi ?





pintu masuk ke Kuala Terengganu boleh melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau melalui jalan darat. Homestay ini terletak kira-kira 45 km dari lapangan terbang Sulatan Mahmus dan 40 km dari bandar Kuala Terengganu. Korang boleh sampai ke sini melalui jalan darat dari Kuala Terengganu terus ke Kuala Berang Hulu Terengganu atau dari Lebuh Raya Jerangau Jabor ke Pekan Ajil Hulu Terengganu menuju ke Bandar Kuala Berang. Homestay ini hanya terletak 1.5 km disebelah kiri korang apabila korang sampai ke Bandar Kuala Berang dari arah yang aku bagitahu tadi...






selamat mencari jalan..teehee










info





  • Homestay Kg. buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu menyediakan suatu bentuk program destinasi pelancongan desa yang dilancarkan pada Mac 2007.




  • memaparkan kepada korang suasana kehidupan desa nan permai dan mendamaikan jiwa.




  • terletak di pinggir persimpangan Sungai Terengganu, Sungai Berang dan Sungai Tersat cukup menggambarkan keindahan susun atur alam semulajadi ( natural setting) perkampungan budaya ini.




  • dusun buah-buahan di setiap pelusuk kampung menjadikan landskap perkampungan homestay ini terserlah kehijauannya dan begitu menarik sekali.




  • dari segi sejarah pula, disinilah lokasi penemuan artifak Batu Bersurat yang menandakan bukti kedatangan Islam terawal ke Semenanjung Tanah Melayu.




  • homestay ini mempunyai lebih 20 buah rumah berkeluarga yang sedia menanti keatangan korang.





untuk keterangan lanjut sila kunjungi:













masjid tengku tengah zaharah




Lokasi :

- terletak di teluk ibai
- hanya 4km dari pusat bandar kuala terengganu
- dari bandar terengganu, korang perlu ikut ke arah selatan menuju marang atau kuantan
- masjid disebelah kiri


masjid ini juga lebih dikenali sebagai masjid kristal
senibinanya adalah gabungan moden dan 'Moor'
masjid ini diinspirasi oleh
Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah


persekitaran yang bersih lagi mendamaikan menjadikan masjid terapung salah satu tempat jogging yang amat popular di sekitar kuala terengganu
seisi keluarga juga boleh membawa tikar dan makanan untuk berkelah di sini
sementara ibu-ibu menyediakan makanan,
kanak-kanak boleh berkejaran dan bermain di taman permainan
manakala sang suami boleh melepaskan hobi memancing di sini
sememangnya masjid terapung sesuai untuk seisi keluarga




aku dan ct tak ketinggalan melepak di persekitaran masjid ini
sambil menghirup udara mengadap laut china selatan


Tuesday, May 18, 2010

berpeleseran di tepian pantai batu buruk



"wahai si putih, bawalah aku berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang"

agaknya itulah kata Haikal...suka-suka je aku buat ayat erk. (^_*)

cuti sekolah yang lepas sempatlah dorang lepak-lepak kat Pantai Batu Buruk yang permai ini

apabila dorang balik ke kampung....

budak kecil kat atas nangis-nangis dengan mama dan ayah dia nak tunggang kuda

sekali tunggang, nak tunggang lagi...

dua kali tunggang, nak lagi..letih-letih...sabar je la aku yang menengoknya...

last-last...tiga kali je tunggang

lepas tu mama dia cakap...cukuppp !!!!



aksi menunggang si putih bersama abang ngah haikal, hakeem

bersungguh-sungguh betul si haikal tu pegang tali...

si abang ngah pula macho dengan rambut cacak..huhu



ni abang long si haikal

dengan berhati-hati memberi arahan kepada kuda

takut la tu...hehe

jangan risau

abang kat sebelah tu ada kan....

sekian untuk kali ini,

...........................................

Tempat : Pantai Batu Buruk

Kadar bayaran : RM 2 -3 sahaja ( beberapa pusingan )

replika bot tradisional terengganu mempesona




terpesona ?
mempersona?












untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi:

en. johari hamzah
017-9301168
3898, Kg. Pulau Ketam, Duyong,
20100 Kuala Terengganu
tel : 09-6243533